mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Lubuk Buntar

Pusat Internet  Lubuk Buntar telah memulakan operasi pada September 2015.

Diawal penubuhan Pusat Internet 1Malaysia telah beroperasi di Bagan Samak, memandangkan penggunaan internet tidak begitu baik ketika itu ramai diantara pengunjung lebih gemar untuk pergi ke Pusat Internet 1Malaysia di Bandar Baharu. Jarak antara Pusat Internet 1Malaysia Bagan Samak berdekatan dengan Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baharu, pembaharuan antara jarak Ke Pusat Internet 1Malaysia mendapat kata sepakat daripada pihak atasan untuk di pindahkan ke tempat baru di Lubuk buntar untuk di naik tarafkan sebagai Pusat Internet 1Malaysia Lubuk buntar yang telah beroperasi hampir 9 bulan sehingga kini. Lokasi yang lebih strategi dimana terdapat kawasan meletak kenderaan yang luas, berdekatan dengan kawasan taman perumahan dan sekolah. Pihak Pusat Internet 1Malaysia Lubuk Buntar mengharapkan agar masyarakat setempat dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan dan perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Lubuk Buntar.