Utama

NADI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tujuh (7) peserta Program NADI Tiny Techies yang telah berjaya terpilih mewakili Malaysia ke International Programming Robotics Competition (IPRC) 2026.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan, sekali gus membuktikan potensi serta kebolehan peserta NADI dalam bidang pengaturcaraan dan robotik di peringkat antarabangsa.

Tarikh: 6 – 11 Ogos 2026

Lokasi: Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea Selatan

Kategori: Robot Algorithm – Youngster Division

Senarai Wakil NADI

NADI Kuala Berang ⁞ CelcomDigi • CCM

  • Nur Umairah Syahirah binti Hamdan
  • Nur Afiqah binti Anas Sabri

NADI Taman Sri Subang ⁞ CelcomDigi • OSS

  • Anas Zakwan bin Mohd Hisham

NADI Presint 9 Fasa 3 ⁞ Maxis . Sprintz Design

  • Ali Aiman bin Dzulfarqeish
  • Ali Amin bin Dzulfarqeish

NADI Taman Seri Kerayong ⁞ Celcom Digi• OSS

  • Irfan Hashim Bin Abdullah

NADI Gelang Patah ⁞ : CelcomDigi • CCM

  • Tong Qian Yi

Penyertaan tujuh wakil ini mencerminkan komitmen NADI dalam memperkasa bakat muda melalui pendedahan kepada bidang pengaturcaraan, robotik dan STEM. Kejayaan mereka melayakkan diri ke pertandingan antarabangsa diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak dan remaja untuk meneroka bidang teknologi serta inovasi.

Seluruh warga NADI mendoakan agar semua wakil diberikan kelancaran sepanjang pertandingan dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua wakil NADI Tiny Techies!

Tahniah kepada 7 Wakil NADI Tiny Techies ke International Programming Robotics Competition (IPRC) 2026

August 6, 2026 Aktiviti Semasa

NADI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tujuh (7) peserta Program NADI Tiny Techies yang telah berjaya terpilih mewakili Malaysia ke International Programming Robotics Competition (IPRC) 2026. Penyertaan ini merupakan satu pencapaian […]

Baca lanjut →

MAHIR PROMPT ENGINEER COHORT 1 LEVEL 1 MODUL 3 SESI 2 – PEMBANGUNAN LAMAN WEB MENGGUNAKAN AI

August 1, 2026 Laporan Aktiviti

Tarikh : 29 Julai 2026 Masa: 02:30 pm – 04:30 pm Peserta: 1 Orang Lokasi: NADI Lubuk Buntar Tujuan : Aktiviti : Gambar

Baca lanjut →

Jalur Gemilang

Tahukah anda? Bendera Malaysia diisytiharkan dengan nama baharu iaitu Jalur Gemilang sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara. #MalaysiaMADANI#TaatSetia #HKHM2026 #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360

Baca lanjut →

Perkhidmatan ePOS di NADI Lubuk Buntar

July 29, 2026 Aktiviti Semasa

Nikmati kemudahan pembayaran bil utiliti, tambah nilai prabayar, dan transaksi lain secara pantas, selamat dan dipercayai. Datang ke NADI hari ini untuk urusan tanpa tunai yang lebih mudah! Hubungi petugas […]

Baca lanjut →

NADI AI: Jom Jadi Kreatif Dengan AI!

Tarikh : 08 Julai 2026 Masa : 02.00 pm – 05.00 pm Peserta : 5 Orang Lokasi : NADI Lubuk Buntar Tujuan: Peserta akan mempelajari cara berinteraksi secara berkesan malalui […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya