Utama
NADI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tujuh (7) peserta Program NADI Tiny Techies yang telah berjaya terpilih mewakili Malaysia ke International Programming Robotics Competition (IPRC) 2026.
Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan, sekali gus membuktikan potensi serta kebolehan peserta NADI dalam bidang pengaturcaraan dan robotik di peringkat antarabangsa.
Tarikh: 6 – 11 Ogos 2026
Lokasi: Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea Selatan
Kategori: Robot Algorithm – Youngster Division
Senarai Wakil NADI
NADI Kuala Berang ⁞ CelcomDigi • CCM
- Nur Umairah Syahirah binti Hamdan
- Nur Afiqah binti Anas Sabri
NADI Taman Sri Subang ⁞ CelcomDigi • OSS
- Anas Zakwan bin Mohd Hisham
NADI Presint 9 Fasa 3 ⁞ Maxis . Sprintz Design
- Ali Aiman bin Dzulfarqeish
- Ali Amin bin Dzulfarqeish
NADI Taman Seri Kerayong ⁞ Celcom Digi• OSS
- Irfan Hashim Bin Abdullah
NADI Gelang Patah ⁞ : CelcomDigi • CCM
- Tong Qian Yi
Penyertaan tujuh wakil ini mencerminkan komitmen NADI dalam memperkasa bakat muda melalui pendedahan kepada bidang pengaturcaraan, robotik dan STEM. Kejayaan mereka melayakkan diri ke pertandingan antarabangsa diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak dan remaja untuk meneroka bidang teknologi serta inovasi.
Seluruh warga NADI mendoakan agar semua wakil diberikan kelancaran sepanjang pertandingan dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua wakil NADI Tiny Techies!

Program SSM BizStart Siri 5/2026
Tarikh : 23 Julai 2026 Masa : 10:00 am – 12.00 pm Peserta : 2 Orang Lokasi : NADI Lubuk Buntar Tujuan: Webinar ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan perkongsian […]
NADI-CARE: Asma Dewasa: Semput Bukan Selalu Sebab Panik
Tarikh : 24 Julai 2026 Masa : 10:30 am – 4:30 pm Peserta : 2 Orang Lokasi : NADI Lubuk Buntar Tujuan: Sesak nafas tiba-tiba—asma, serangan panik atau masalah lain? […]
“NADI: Memperkasa Komuniti, Mengubah Kehidupan”
Jangan lupa saksikan Ruang Bicara malam ini yang menampilkan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC, bagi membincangkan topik: “NADI: Memperkasa Komuniti, Mengubah Kehidupan” 🗓 Khamis, 16 Julai 2026🕤 […]
CYBERSECURITY : LIVE WEBINAR : DEEPFAKE & AI SCAM : BILA MUKA DAN SUARA ANDA DIPALSUKAN
Tarikh : 09 Julai 2026 Masa : 3:00 pm – 4:30 pm Peserta : 2 Orang Lokasi : NADI Lubuk Buntar Tujuan: Melalui webinar ini, peserta akan didedahkan kepada konsep […]


