Utama

NADI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tujuh (7) peserta Program NADI Tiny Techies yang telah berjaya terpilih mewakili Malaysia ke International Programming Robotics Competition (IPRC) 2026.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan, sekali gus membuktikan potensi serta kebolehan peserta NADI dalam bidang pengaturcaraan dan robotik di peringkat antarabangsa.

Tarikh: 6 – 11 Ogos 2026

Lokasi: Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea Selatan

Kategori: Robot Algorithm – Youngster Division

Senarai Wakil NADI

NADI Kuala Berang ⁞ CelcomDigi • CCM

  • Nur Umairah Syahirah binti Hamdan
  • Nur Afiqah binti Anas Sabri

NADI Taman Sri Subang ⁞ CelcomDigi • OSS

  • Anas Zakwan bin Mohd Hisham

NADI Presint 9 Fasa 3 ⁞ Maxis . Sprintz Design

  • Ali Aiman bin Dzulfarqeish
  • Ali Amin bin Dzulfarqeish

NADI Taman Seri Kerayong ⁞ Celcom Digi• OSS

  • Irfan Hashim Bin Abdullah

NADI Gelang Patah ⁞ : CelcomDigi • CCM

  • Tong Qian Yi

Penyertaan tujuh wakil ini mencerminkan komitmen NADI dalam memperkasa bakat muda melalui pendedahan kepada bidang pengaturcaraan, robotik dan STEM. Kejayaan mereka melayakkan diri ke pertandingan antarabangsa diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak dan remaja untuk meneroka bidang teknologi serta inovasi.

Seluruh warga NADI mendoakan agar semua wakil diberikan kelancaran sepanjang pertandingan dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua wakil NADI Tiny Techies!

Pendaftaran Pi1M

December 1, 2014 Galeri

Sila muat turun borang ini.

Baca lanjut →

Pendidikan

November 27, 2014 Pendidikan

Tadika (Pra Sekolah) – 2 Buah Sekolah Rendah – 2 Buah                     1) SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK BUNTAR Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar […]

Baca lanjut →

Kesihatan

Senarai Pejabat Kesihatan Yang Berdekatan   1) Klinik Kesihatan Lubuk Buntar 2) Klinik Kesihatan Kulim 09800 Serdang Kedah Tel: 04-4077320 Fax: 04-4079611 Jalan Hospital Lama, KulimKulim09000 KulimKedahTel: 04-4905533Fax: 04-4911843  3) Poliklinik Komuniti Serdang […]

Baca lanjut →

Keselamatan

Faktor keselamatan di sekitar Pusat Internet , Lubuk Buntar terjamin dengan adanya kemudahan-kemudahan yang lain, jarak antara Pusat Internet  dengan Balairaya tidak jauh seperti masjid, sekolah, pekan kecil dan padang […]

Baca lanjut →

Kemudahan Asas

Lubuk Buntar, Pusat Internet 1Malaysia, mempunyai kemudahan asas seperti rangkaian jalan raya, bekalan air dan elektrik yang sangat baik, di samping perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Pihak berkuasa […]

Baca lanjut →

Wanita Hari ini

TARIKH           : 7 DISEMBER 2015 PERSATUAN   : Wanita UMNO MAJLIS           : Program Kembali Ke Sekolah LOKASI           : Dewan Seri […]

Baca lanjut →

JKKK

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik […]

Baca lanjut →

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya