mcmc
Laporan Aktiviti

Program Saringan Kesihatan PERCUMA -PEKA B40

Tarikh: 23 September 2025
Masa: 9.00 pg – 01.00 petang
Peserta: 50 Orang
Lokasi: NADI Lubuk Buntar

Tujuan

Program ini memberi peluang kepada kumpulan sasaran iaitu pencarum PERKESO berumur 40 – 59 tahun yang layak di bawah inisiatif HSP 3.0 untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat. Para peserta kelihatan bersemangat untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan menerima penerangan lanjut daripada petugas kesihatan. Secara keseluruhan, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan kesedaran kesihatan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Aktiviti :

  • Pemeriksaan darah lengkap
  • Pemeriksaan urin
  • Pemeriksaan saringan kanser (Sehati PERKESO)

Gambar Disini