| Tarikh | : 14 Mac 2026 |
| Masa | : 8.00 am – 4.00 pm |
| Peserta | : 45 Orang |
| Lokasi | : NADI Lubuk Buntar |
Tujuan
Program Bazar Raya NADI Lubuk Buntar dianjurkan bagi mengeratkan hubungan komuniti serta memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual produk mereka. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan serta memperkenalkan program dan latihan yang disediakan oleh NADI kepada komuniti.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, saringan kesihatan, kelas keusahawanan NADI Preneur, aktiviti Kidventure serta jualan bazar oleh usahawan-usahawan sekitar komuniti. Program ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.