Lubuk Buntar, Pusat Internet 1Malaysia, mempunyai kemudahan asas seperti rangkaian jalan raya, bekalan air dan elektrik yang sangat baik, di samping perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam di kawasan Lubuk Buntar seperti pondok telefon, perhentian bas, dewan orang ramai, kini sudah bertukar kepada Pusat Internet 1Malaysia, balai JKKK, tadika, sekolah, masjid, surau dan lain–lain. Selain itu, terdapat kemudahan yang lain seperti stesen minyak Caltex dan kedai makan dan runcit. Segala kemudahan yang disediakan adalah bertujuan untuk memudahkan orang ramai menjalankan aktiviti seharian.
1) Kariah Masjid – Lubuk Buntar (Chelong) – Mukim Serdang
2) Surau
3) Balairaya
4) Klinik Desa
5) Pejabat / Waki / Peti Pos
6) Bilik Gerakan
7) Perpustakaan Desa
9) Bas Awam
10) Balai / Pondok Polis
11) Lot Permainan Kanak-Kanak
12) Padang Awam – Padang Bola, (Sekolah Menengah Lubuk Buntar) & Padang Futsat
13) Sekolah
14) Kedai Makan / Kedai Runcit