mcmc
Maklumat Setempat

Khazanah Telekomunikasi Negara dan Sistem Komunikasi Telegraf

17hm08za 1531796414

 

 17hm08za 1531796414muzium2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  Khazanah Telekomunikasi Negara dan Sistem Komunikasi Telegraf

Perasmian Muzium Telegraf itu bersejarah untuk YTM selepas pembukaan Muzium Telekom yang turut dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara di Kuala Lumpur pada 1994.

Peranan muzium berubah sejak bertahun-tahun, meluaskan fokusnya bukan saja hanya menyimpan khazanah lampau tetapi juga mewujudkan hubungan dengan masa kini dan membuka jendela ke masa hadapan.

Muzium Telegraf tempat untuk orang ramai memperoleh pengetahuan mengenai sejarah telegraf sejak abad ke-18.

“Jabatan Pos dan Telegraf (P&T) sudah memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem telekomunikasi negara dan TM melalui YTM yang bertanggungjawab untuk mengekal dan memelihara khazanah negara kita untuk generasi akan datang.

“Penubuhan Muzium Telegraf ini bakal menjadi tarikan pelancong terbaharu di Perak, khususnya di Malaysia. Muzium ini mengetengahkan sejarah sistem telekomunikasi telegraf termasuklah kemunculan awalnya di negara ini dan bagaimana teknologi itu telah menyumbang kepada pembangunan negara.

Usaha untuk mewujudkan Muzium Telegraf ini bertujuan untuk membaik pulih dan memulihara bangunan bersejarah berkenaan yang dibina pada tahun 1883 dan menempatkan Pejabat Pos dan Telegraf pertama 
di Malaya, kemudiannya menjadi pejabat pertama TM.

“Pejabat Telegraf yang berusia 135 tahun ini mewakili identiti negara dan momen sejarah terpenting dalam sejarah telekomunikasi terawal di negara ini,” 

Artifak menarik yang  di Muzium Telegraf ialah Kabel Dasar Laut tahun 1870 iaitu kabel terawal di dunia menggunakan bahan penebat daripada ekstrak pokok ‘Gutta Percha’.

Pengunjung juga boleh melawat sekitar muzium untuk melihat alat pemancar telegraf dan alat penerimaan serta peralatan lain yang berkaitan dengan sistem komunikasi telegraf pada zaman dahulu sambil menghargai sejarah telegraf dan manfaat yang disumbangkan kepada negara sehinggalah perkhidmatan telegram ditamatkan pada 2012.

Pengunjung boleh membeli tiket masuk

RM8  Dewasa 

RM5  Kanak-kanak kanak-kanak

RM15 Bukan Warga Malaysia

Sempena pelancaran Muzium Telegraf, TM juga bekerjasama dengan pihak Pos Malaysia dalam mengeluarkan kit koleksi setem edisi terhad yang menampilkan Muzium Telegraf yang boleh dibeli pada harga RM50.80 setiap set di 98 Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara