| Tarikh | : 21 Julai 2025 |
| Masa | : 02.30 petang – 06.00 petang |
| Peserta | : 10 Orang |
| Lokasi | : NADI Lubuk Buntar |
Tujuan:
Beberapa orang petugas KEMAS hadir ke premis untuk membuat pengisian maklumat dalam sistem HRMIS. Oleh kerana ada yang kurang mahir, petugas NADI bersama kerani KEMAS telah membantu secara langsung dalam penggunaan komputer.
Aktiviti :
- Bantuan login dan pengisian maklumat dalam sistem HRMIS.
- Penggunaan WhatsApp Web untuk urusan dokumen.
- Menyusun dan membuka fail PDF.
- Suntingan dokumen dalam format Word dan PDF.
HRMIS (Human Resource Management Information System) merupakan sistem pengurusan maklumat sumber manusia bagi penjawat awam di bawah seliaan JPA. Ia digunakan untuk kemaskini maklumat peribadi, jawatan, cuti, penilaian prestasi dan lain-lain urusan perkhidmatan.
Sesi bantuan ini dijalankan secara santai dan berperingkat, memberi peluang kepada petugas KEMAS untuk meningkatkan kemahiran asas digital serta melancarkan urusan berkaitan HRMIS.